Pasukan Bersenjata Hamas Menafikan Rancangan Untuk Membunuh Abbas


Jumaat, 18/05/07 –
Abu Obaida, jurucakap pasukan bersenjata Al Qassam Selasa lalu menafikan adanya perancangan untuk membunuh Presiden Palestin Mahmoud Abbas setelah beliau kembali dari Gaza Strip.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas rejim Zionis melaporkan bahawa Abbas telah membatalkan lawatannya ke Gaza setelah berlaku satu letupan di terowong di bawah jalan yang sepatutnya dilalui oleh Abbas.

Abu Obaida menegaskan bahawa laporan tersebut adalah palsu dan pihak rejim Zionis sengaja meracuni atmosfera Palestin dengan niat untuk mencipta pertelingkahan baru di antara Hamas dan pergerakan Fateh. Beliau menambah bahawa pihak keselamatan Abbas “menahan kepulangan Abbas ke Gaza supaya beliau tidak melihat perlakuan rejim Zionis yang ganas itu”.

Tambahan lagi, jurucakap Hamas iaitu Fawzi Baharom mengesahkan kematian 4 orang anggota Hamas, dan beliau diberitahu bahawa mereka telah ditembak oleh pihak keselamatan Palestin.
Dalam kejadian yang berasingan, seorang anggota pergerakan Fateh telah terbunuh dalam satu letupan di jambatan di bandar Gaza. Setakat ini, punca kejadian masih belum dipastikan tetapi ada sumber yang mengatakan ia berpunca daripada letupan bom. Sehingga Khamis, kejadian ini telah meningkatkan lagi angka kematian penduduk Palestin kepada 5 orang yang dibunuh dalam konflik dalaman antara Hamas dan Fateh.

Dalam masa yang sama, Menteri Penerangan Palestin, Dr. Mustafa Barghouti menyatakan bahawa pada pukul 8 malam Khamis ini, kedua-dua pihak Hamas dan Fateh akan memulakan tembakan. Dr. Barghouti menambah bahawa pihak Hamas telah mengeluarkan kenyataannya berkenaan isu tersebut, dan telah mencadangkan supaya dihentikan tembakan, dan pihak Fateh juga bersetuju untuk genjatan senjata tersebut.

Tambah Dr. Barghouti lagi, perkembangan ini berlaku setelah diadakan perbincangan di antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan wakil ketua Hamas di Syria iaitu Khalid Marshal Khamis lalu.