Knesset : Pengunduran Bukit Golan Dibincang.


Isnin, 21/05/07 –

Parlimen Israel (Knesset) hari ini telah bersetuju bagi bacaan kali pertama untuk membahaskan cadangan untuk melakukan referendum ke atas sebarang keputusan kerajaan untuk berundur dari Bukit Golan di Syria yang telah dijajah.

Sumber parlimen menjelaskan bahawa bagi mengeluarkan keputusan ini, parlimen perlu bersetuju dalam tiga kali bacaan.

Sumber Penerangan mengatakan bahawa cadangan itu telah dikemukakan oleh Timbalan Parti Kadima, iaitu parti pemerintah, Afighdur Ishaqi yang menggesa Perdana Menteri, Ehud Olmert terang-terangan baru-baru ini supaya meletak jawatan selepas laporan Finograd dikeluarkan.

Dikatakan bahawa rundingan damai Syria-Israel berhubung Bukit Golan yang dijajah oleh Israel dalam peperangan Jun 1967 dan juga 1981 terhenti sejak tahun 2000.

Israel berkali-kali menolak cadangan Presiden Syria, Basyar Al Asad dalam beberapa bulan kebelakangan ini sambil memberi syarat sekiranya Damsyik mahu rundingan ini dibuka semula, Syria perlu berhenti menyokong Hizbullah serta Pertubuhan Hamas Palestin.