Ahmad Syaki Punca Qawasmi Letak Jawatan.


Isnin, 21/05/07 –
Azzam Al Ahmad, Timbalan Perdana Menteri Palestin mengumumkan bahawa Ismail Haniyeh akan melantik menteri kementerian dalam negeri ekoran perletakan jawatan oleh Al Qawasmi.

Al Ahmad menyifatkan perletakan Al Qawasmi itu sebagai sengaja dibuat-buat dan langkah itu bukan datang dari dalam dirinya. Tambahnya, “kami telah meminta daripadanya supaya menyatakan pendiriannya baru-baru ini, adakah dia mahu meletakkan jawatan ataupun tidak. Maka beliau telah menegaskan permohonan perletakan jawatan itu hari ini dan ia dipersetujui oleh Haniyeh.

Al Ahmad menegaskan bahawa kerajaan serta presiden Palestin telah memberikan sokongan padu kepada menteri dalam negeri itu serta pelannya, cuma kami tidak tahu apa yang beliau mahu. Pelan ini bukan pelan menteri, tetapi ia adalah pelan kerajaan serta rakyat”. Beliau menuduh Al Qawasmi cuba membolot pasukan keselamatan serta pasukan bersejata yang lain yang telah dikemukakan kepada presiden.

Al Ahmad juga menuduh beberapa pihak membuat kekacauan, pembunuhan serta kemusnahan, juga memberikan beberapa maklumat yang salah kepada Perdana Menteri mengenai apa yang berlaku di dalam negeri bagi memenuhi agenda setempat.

Al Qawasmi dalam pada itu pernah memberikan alasan pengundurannya hari ini kerana mendakwa kementerian dalam negeri hilang agendanya. Sokongan yang diterimanya untuk menjayakan pelan keselamatan terbatas kepada kata-kata sahaja dan tidak dilaksanakan. Beliau berkata dalam sidang media, “saya mahu bantuan materialistik supaya boleh melaksanakan pelan keselamatan. Saya tidak mahu jawatan yang membanggakan tetapi tidak dihormati. Apa yang saya mahu adalah jawatan yang benar-benar ada kuasa sepenuhnya”.