Ulang Tahun Musibah ke 59 Di Sambut.


Isnin, 21/05/07 –

Rakyat Palestin hari ini memperingati ulang tahun musibah yang ke-59, dalam suasana keselamatan yang tegang dihadapi oleh penduduk semenanjung Ghaza ketika Liga Arab berusaha untuk menghidupkan semula pelan damai dengan Israel.

Majlis keramaian itu diadakan di Bandar Ramallah yang mana rapat umum diadakan di bandar-bandar lain di Tebing Barat bagi memperingati pengumuman penubuhan negara Israel pada 15 Mei 1948 di atas lebih kurang 78% tanah Palestin.

Ketika ulang tahun itu didadakan, pertempuran baru tercetus lagi antara Fatah dan Hamas yang mana telah mengorbankan beberapa orang serta mencederakan yang lain bagi kedua-dua pihak.
Raja Jordan, Abdullah II telah melakukan rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert di Aqabah bagi menyelesaikan pelan damai yang mana Tel Aviv berhati-hati mengenai beberapa perkara tersebut. Cadangan pelan damai yang diputuskan oleh persidangan Arab di Beirut pada tahun 2002 menggesa Israel supaya berundur dari wilayah yang dijajahnya pada tahun 1967, memanggil semula pelarian ke rumah mereka serta ditukar dengan proses neutralisasi.