
Isnin, 21/05/07 –
Hamas mengumumkan melalui jurucakapnya, Khalil Al Hayyah dalam perbualan telefon dengan Aljazeera bahawa pertubuhan itu akan mematuhi sepenuhnya gencatan senjata bagi sebelah pihak bermula jam lapan malam. Beliau menyatakan kesediaannya untuk berunding dengan Fatah.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas juga memerintahkan semua pasukan keselamatan serta bersenjata supaya menggencat senjata serta menamatkan aktiviti persenjataan. Perkembangan ini berlaku berikutan Ghaza telah menyaksikan pertempuran antara puak bersenjata dengan Hamas serta Fatah yang mana 16 rakyat Palestin telah terkorban.
Bagi mengekang ketegangan, Presiden Palestin memutuskan selepas mesyuaratnya di Ramallah bersama Suruhanjaya Penguatkuasa Fatah yang dipimpinnya untuk menghantar wakil iaitu Timbalan Perdana Menteri Palestin, Azzam Al Ahmad serta anggota Suruhanjaya Pusat Fatah, Nasr Yusouf ke Ghaza.
Meskipun anggota-anggota pimpinan Fatah menggesa Abbas supaya mengumumkan darurat, namun Suruhanjaya Penguatkuasa yang dimonopoli oleh pertubuhan itu tidak mengambil keputusan tersebut, walaupun tidak menolak ia berlaku pada masa akan datang.