
Isnin, 21/05/07 –
Perdana menteri Israel Ehud Olmert pada ahad lepas mengugut untuk melancarkan serangan terhadap gerakan Hamas dan sayap tenteranya Briget Qassam sekiranya peluru Qassam terus menerus jatuh di atas penduduk haram Israel di Semenanjung Gaza.
Olmert, dari ucapannya dalam sesi pembukaan pertemuan mingguan kabinetnya mengancam pemimpin Hamas dan tentera-tenteranya bahawa mereka akan mendapat balasan akibat serangan tersebut.Dia menegaskan bahawa kerajaan akan meningkatkan lagi bantuan kepada penduduk di Sderot termasuk menyiapkan pembinaan tempat tinggal yang akan menelan belanja beratus juta dollar.Radio Hebrew memetik sumber keselamatan Israel dengan menyatakan bahawa kerajaan Israel lebih cenderung untuk menbenarkan satu penaklukan besar-besaran di semenanjung tersebut.
Menurut sumber tersebut, kerajaan telah meminta beberapa negara Arab bagi memberi tekanan terhadap Hamas dan pemimpinnya Khaled Mishaal bagi menghentikan serangan peluru mereka dan menambah bahawa Arab Saudi merupakan negara yang paling berkemungkinan untuk memujuk Hamas bagi mematuhi arahan ini.Bagi pihak Hamas, Sami Abu Zuhri, menyatakan bahawa ugutan tersebut sebenarnya menggambarkan keadaan panik yang menghantui tentera penjajah kesan akibat dari serangan bertubi-tubi tersebut.Di dalam kenyataan akhbar, Abu Zuhri menyatakan bahawa ugutan Zionis tersebut tidak akan menakutkan Hamas atau melemahkan keberanian dan istiqomah mereka.
Beliau menekankan bahawa tentera Palestin dan Hamas serta sayap tenteranya akan terus melakukan serangan bom buatan sendiri ke atas penempatan penduduk awam sebagai serang balas bagi jenayah tentera Zionis terhadap penduduk Palestin.Briget Qassan mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan serangan lima peluru buatan sendiri pada Ahad lepas di penempatan haram Sderot pada dua kejadian berbeza. Menurut Briget Qassam penduduk haram Israel sepatutnya membungkus pakaian mereka dan beredar dari Sderot selama-lamanya dan menyatakan bahawa penduduknya telah berada selama empat hari berturut-turut di dalam perlindungan tersebut.
Di dalam perkembangan lain, kesatuan industri Israel menyatakan akhbar harian Hebrwe bahawa tembakan tersebut mengakibatkan kerugian 16 juta Dollar dalam sector industri sahaja.Kesatuan tersebut mengkaitkan kerugian tersebut diakibatkan oleh kekurangan tenaga kerja seramai 85% kerana penduduk harma di kawasan tersebut telah melarikan diri.