Kesihatan tawanan wanita Palestin dalam penjara Israel semakin merosot.


Selasa, 22/05/07 –

Masyarakat Nafha yang cuba mempertahankan hak-hak tawanan-tawanan Palestin dalam penjara Israel telah menuduh kuasa penempatan Israel (IOA) menyumbang kepada kemerosotan yang pantas terhadap kesihatan tawanan wanita Palestin Faten Daraghma dalam penjara Hasharon .

Dalam satu kenyataan ia dikeluarkan dan satu salinan yang difakskan kepada PIC, persatuan ini mendedahkan bahawa Daraghma mengalami penderitaan sakit teruk disebabkan oleh jangkitan dalam pundi hempedunya, tetapi, mereka menambah, IOA menolak segala bantuan perubatan.

Rakan-rakan Daraghma di dalam penjara berkali-kali merayu pentadbiran penjara untuk memberi dia ubat yang sesuai tetapi tak berkesan, kata peguam Sana’a Al Dwaik setelah berjumpa beberapa tawanan-tawanan wanita Palestin dalam penjara itu.

Dia juga menambah bahawa pentadbiran penjara yang meletakkan banduan-banduan wanita Palestin dalam sel penjara tunggal turut bersimpati dengan Daraghma.

Oleh itu persatuan ini menyeru antarabangsa dan hak asasi manusia tempatan dan institusi-institusi yang sah, termasuk palang merah dan kalangan pertubuhan-pertubuhan berperikemanusiaan yang lain memberi tekanan yang kuat ke atas IOA dan memaksa ia memberi perubatan kepada tawanan-tawanan mengikut keperluan seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan konvensyen-konvensyen.

Berpuluh-puluh banduan Palestin mati dalam penjara Israel beberapa dekad ini kerana pengabaian perubatan dibuat oleh orang Israel.