Fatah Engkar Genjat Senjata ?


Khamis, 24/05/07 –Ahli politik kanan dan jurucakap Hamas di blok parlimen dalam PLC Dr. Salah Al-Bardaweel telah mengkritik apa yang dinyatakan sebagai “kemungkiran janji gencatan senjata” yang dilakukan oleh kumpulan kecil dari Fatah.

Beliau juga berpendapat bahawa peristiwa yang berlaku secara berbetulan iaitu diantara perlanggaran gencatan senjata dan peningkatan tentangan pasukan tentera IOF ke atas Pergerakan Hamas dan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan.Walaubagaimanapun, pengubal undang-undang Hamas dalam kenyataan akhbar yang dibuatnya menyatakan bahawa ‘trend’ pemberontakan oleh kumpulan-kumpulan kecil dalam Fatah semakin berkurangan kerana ‘trend’ nasionalisme dalam pergerakan telah mula meningkat dan tidak bersetuju/menentang keganasan
yang dilakukan tersebut.Kumpulan bersenjata dipercayai bersekutu/bersekongkol dengan pemberontak dari kumpulan kecil Fatah menyerang College of Sciencedi bandar Khan Younis dan membakar sebuah perpustakaan Hamas di dalamnya sebelum membuat tembakan rambang kepada para pelajar.

Bardaweel juga mengecam serangan dan pengeboman berterusan tentera Israel terhadap rumah-rumah di semenanjung Gaza dan tindakan ini telah mencetuskan wujudnya sebilangan sayap bersenjata di Palestin yang berazam untuk bertindak balas dan menyerang Israel hingga ke akar umbi.Beliau menyatakan bahawa sayap bersenjata ini ada kaitan dengan kumpulan Hamas, Fatah dan Jihad Islami dan menyatakan lagi bahawa sayap bersenjata ini telahpun memulakan penentangan terhadap jenayah perang Israel di Bandar Gaza.

Beliau juga menyeru kepada kesatuan fraksi-fraksi penentangan di Palestin dan menyatakan bahawa hanya keteguhan dan kesabaran fraksi-fraksi ini dalam perjuangan sahajalah yang akan menyebabkan Israel berundur dan mula mereka alasan untuk gencatan senjata.