Haniyeh Saran Selesaikan Isu Sungai al-Barid


Khamis, 24/05/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh telah menghubungi dalam perbualan telefon dengan Presiden Lubnan, Emil Luhud, Speaker Parlimen, Nabih Barri dan rakan sejawatnya, Fouad Siniora bagi menyelesaikan konflik Perkhemahan Sungai Al Barid, di utara Lubnan.

Haniyeh menegaskan sokongannya untuk menjaga kewibawaan Lubnan serta menjaga keamanannya. Beliau juga menegaskan tentang perlunya melindungi pelarian Palestin serta mengelakkan perkhemahan tersebut dari berlakunya pertempuran bersenjata.

Dalam pada itu, Hamas menyuarakan kebimbangannya terhadap apa yang berlaku di perkhemahan Sungai Al Barid di utara Lubnan mengenai kegiatan pembunuhan serta situasi yang sukar dari segi kemanusiaan dan politik.