
Khamis, 24/05/07 –
Akhbar Times telah mendedahkan mengenai perjanjian empat juta dolar antara kumpulan BG (milik Gas Britain dahulunya) dengan Israel bagi menyalurkan gas asli Palestin yang ditemui oleh kumpulan tersebut pada tahun 2000 berhampiran dengan pantai Ghaza. Simpanannya dianggarkan sebanyak trillion meter persegi.
Akhbar tersebut mengatakan lagi bahawa wakil-wakil syarikat Britain akan sampai ke Israel minggu depan untuk bertemu kumpulan perunding yang diwakilkan oleh kabinet menteri Israel bagi membincangkan mengenai kontrak yang dijangkakan selama 15 tahun.
Ia menambah, meskipun keganasan berterusan di Ghaza, kementerian luar Israel melahirkan minatnya yang mendalam untuk menandatangani perjanjian tersebut “secepat mungkinâ€.
Ia menyebut lagi, perjanjian itu yang disifatkan sebagai bersejarah akan memberi ruang kepada BG untuk mula memajukan dan mengeksploitasi kawasan tersebut yang dilihat sebagai satu-satunya sumber asli oleh kerajaan Palestin.
Times berkata bahawa gas asli yang ada cukup untuk menampung 10% keperluan tenaga Israel setiap tahun. Rakyat Palestin akan mendapat satu billion dolar dalam bentuk cukai.
Menurut perancangan BG, gas asli Palestin itu akan disalurkan ke Israel menerusi paip di bawah laut yang menghubungkannya ke pelabuhan Asqalan.
Times menambah, meskipun Israel mengesahkan untuk menandatangani perjanjian itu, namun beberapa masalah masih lagi tergantung antaranya, bagaimana untuk membayar harga kepada rakyat Palestin yang mana pegawai pertahanan Israel mahu membayar dengan barang-barang dan perkhidmatan. Mereka tetap mahu harta tersebut tidak disalurkan kepada kerajaan yang diterajui Hamas.