Mishaal berunding dengan Menteri Lusr Syria mengenai pembangunan Palestin.


Khamis, 24/05/07 –

Pemimpin tertinggi Hamas, Khaled Mishaal Selasa lalu berbincang dengan Menteri Luar Syria, Walid Al-Moalim mengenai peningkatan serangan Israel ke atas rakyat Palestin. Mereka bertukar-tukar pendapat mengenai situasi tersebut dan berbincang mengenai sekatan berterusan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak setahun yang lalu.

Mereka bersetuju mengenai kepentingan mempunyai cubaan untuk mengurangkan perbalahan dalaman di arena Palestin dan meningkatkan semangat kebangsaan untuk menghadapi serangan Zionis dan sekatan yang dikenakan. Mereka juga bersetuju mengenai perlunya usaha antarabangsa untuk memberi tekanan ke atas rejim Zionis daripada terus menyerang rakyat Palestin serta menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas mereka.

Perbincangan mereka turut berkisar mengenai situasi tragis yang berlaku di kem pelarian Nahr Al-Bared yang menempatkan pelarian Palestin di utara Lubnan. Kedua-duanya melahirkan rasa prihatin yang mendalam terhadap keadaan mangsa di dalam kem tersebut dan menyeru kepada penyelesaian yang segera.