
Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pahang (LPDPP) menerbitkan sebuah buku bersempena memperingati tarikh 11 September, di mana berlakunya tragedi yang dikatakan telah membawa perubahan geo-politik dunia.
Buku yang bertajuk ? Konspirasi Zionis Mengancam Dunia Islam ? itu, mengupas persoalan bagaimana Tragedi 11 September dijadikan tiket oleh kuasa besar dunia untuk memburu dan menjajah negara umat Islam.
Menurut jurucakap lajnah tersebut, Hizam Abu Zaid, ?Umat Islam mesti sedar bahawa segala tekanan yang dihadapi umat Islam dan tragedi yang menimpa manusia sedunia adalah angkara Zionis sedunia. Buku ini mendedahkan segala buktinya,? kata beliau. 
Menurutnya lagi, buku yang dijangka ?best-seller? ini mengandungi tiga belas bab dengan 80 muka surat dan dijual pada harga RM5 senaskhah.
Sementara itu, seorang pembaca, Ismanizam Ismail, memberitahu: ? Analisis yang diutarakan buku ini amat komprehensif, segar dan tajam sesuai dibaca oleh semua lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan garakan Islam seluruh umat Islam. Saya dah baca buku ni…? ujarnya.
?Memang menarik dan padat dengan fakta dan maklumat berguna lengkap dengan data-data sejarah serta idea bernas diketengahkan.
?Ini buku baru… dengan membacanya kita akan mengetahui sejarah dan realiti arus perdana dunia dari dulu, kini dan akan datang… seronok membacanya,? katanya lagi.
Dalam pada itu Hizam berkata,?sesiapa yang berminat untuk memiliki atau mengedarkan buku ini, boleh menghubungi saya di talian: 0199202167 pada bila-bila masa. Harganya RM5 senaskhah termasuk belanja pos?. –