Israel Akan Menerima Padah Jika Berterusan Menyerang HAMAS.


Khamis, 24/05/07 –
Ayman Thaha, Jurucakap Pergerakan Hamas mengingatkan Israel bahawa mereka akan menerima padah sekiranya berani membunuh pemimpin Hamas. “Pembunuhan terhadap Haniya dan Khalid Misyal akan mendatangkan akibat sangat buruk terhadap Israel” tegasnya. Beliau menambahkan, Hamas tidak terikat dengan tokoh tertentu, namun pembunuhan terhadap pemimpin pergerakan itu akan memberi akibat yang buruk buat mereka.

Beliau berkata “Ancaman Israel tidak akan menakutkan kami karena Israel hanya betujuan melemahkan Hamas, bahkan ini hanya sekadar gertakan”. Beliau mengisyaratkan bahwa Hamas tidak akan berganjak dari perjuangan ini meskipun pemimpin kami diserang oleh Israel dan biar dengan darah sekalipun kerana tanpa darah tidak akan wujud kemenangan.

Dalam pada itu, pelanggaran demi pelanggaran terus dilakukan oleh gerakan Fatah terhadap gencatan senjata yang disepakati bersama Hamas. Walhal sepatutnya senjata kelompok Fatah diarahkan kepada Israel dan bukannya ke tubuh pejuang Hamas, kata Aiman. Beliau menegaskan bahawa Hamas akan tetap mempertahankan diri dan tidak akan membalas serangan tersebut. Ini kerana, musuh utama Hamas adalah Israel. Namun demikian, Hamas tidak akan terus mendiamkan diri.