Penangkapan Pemimipin Hamas Mesej Supaya Hentikan Bedilan.


Jumaat, 25/05/07 –

Jurucakap tentera Israel memberi rasional mengenai penangkapan. Katanya, pegawai Hamas di Tebing Barat menyokong bedilan roket tersebut dari Ghaza ke Israel.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel, ia berkata bahawa Hamas “sekarang terlibat dalam memperkukuhkan struktur organisasi pengganas di Tebing Barat iaitu tindakan yang diambil seperti di Semenanjung Ghaza. Hamas mengeksploitasi badan-badan kerajaan bagi menggalakkan dan menyokong aktiviti keganasan”.

Menteri Pertahanan Israel, Amer Beretz dalam satu kenyataannya epada tentera Israel juga menganggap penangkapan pemimpin-pemimpin dari Hamas sebagai satu mesej kepada briged tentera supaya menghentikan bedilan roket. Tambahnya, “penangkapan adalah lebih baik daripada melepaskan tembakan”.

Meskipun tindakan Israel semakin memuncak. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan tentang perlunya menghentikan bedilan roket dan berunding secara menyeluruh dengan Israel.