Dr Aziz Dweik Dipanjangkan Tempoh Tahanan.


Rabu, 30/05/07 –Majlis Legislatif Palestin (PLC) mengeluarkan kenyataan akhbar pada hari Isnin bahawa penguasa Israel telah memanjangkan tempoh penahanan ketua PLC, Dr. Aziz Dweik dan ahlinya Anwar Zboun.


Masih belum ada sebarang tuduhan yang difailkan terhadap Dweik mahupun Zboun. Mereka berdua telah diculik pada tahun lepas semasa kempen penahanan beramai-ramai para pegawai dan ahli legislatif Palestin oleh pihak berkuasa Israel.

Pihak PLC menyatakan tentera Israel masih meneruskan keganasan keatas rakyat Palestin dan juga wakil rakyat mereka yang telah dipilih, dan menegaskan penahanan ahli-ahli legislatif itu sebagai tidak sah memandangkan serangan dibuat keatas pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya yang demokratik.

Pihak PLC juga menegaskan bahawa mereka akan meneruskan sidangnya walaupun dalam kepayahan dan serangan oleh tentera Israel, dan juga penahanan yang tidak sah dalam jumlah yang besar keatas ahli legislative dan para menteri mereka oleh Israel.

Pihak PLC juga mengesahkan kenyataan Pemangku Ketua Majlis Legislatif, Ahmad Bahar, yang mana telah mencabar tindakan penculikan ini dan mengkasifikasikan penculikan para menteri dan ahli legislative ini sebagai tindakan yang tidak sah daripada Israel.

Beliau membuat rayuan kepada parlimen – parlimen Arab, Islam serta antarabangsa untuk memberikan tekanan kepada pihak Israel untuk membebaskan mereka yang ditahan. Kenyataan PLC tersebut dikeluarkan oleh penasihat medianya, Ibrahim Al Farra.