Jumaat, 01/06/07 –Menteri Pertanian PA Dr. Mohammaed Al-Agha mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang Israel di ladang-ladang dan kawasan penternakan termasuk membakar beribu-ribu dunum (1dunum= 1,000 meter persegi) ladang pertanian milik rakyat Palestin di daerah Tulkarm.
Beliau menyifatkan keganasan itu sebagai ‘peningkatan serius’yang mensasarkan untuk menjadikan rakyat Palestin mengikut telunjuk Israel dan merancang untuk mengubah kehidupan petani Palestin menjadi ‘neraka’ selepas kehilangan sutu-satunya sumber pendapatan mereka.
Menteri itu menyeru badan hak asasi manusia antarabangsa dan tempatan serta agensi-agensi yang prihatin agar mengangkat suara mereka menentang ‘negara pengganas Israel†dan praktis zalim mereka yang mengkhianati undang-undang dan peraturan antarabangsa. Lebih daripada 230 dunum ladang rakyat Palestin dimusnahkan oleh pendatang Israel yang berada di bawah kawalan ketat askar mereka. Israel telah menyekar berjuta-juta dolar hasil cukai milik kerajaan PA dan merancang konspirasi bersama sekutu utamanya, Amerika dalam usaha mengkucar-kacirkan ekonomi rakyat Palestin sejak 15 bulan yang lalu.