
Jumaat, 01/06/07 –Pengawal penjara Israel di Negev telah merantai tangan dan kaki tahanan Palestin semasa sesi lawatan keluarga masing-masing dan telah mengurangkan makanan, mengikut surat yang berjaya dikeluarkan daripada tahanan.
Surat itu menyebut bahawa tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini semakin bertambah dan tahanan-tahanan Palestin bersepakat untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengembalikan semula hak mereka dan untuk menghentikan tindakan yang mendera fizikal dan mental mereka.
Selain itu, pihak rejim Zionis tidak membenarkan bekas menteri kewangan Dr. Omar Abdul Razeq yang diculik dilawat oleh ibunya di penjara Megiddo dengan memberi alasan bahawa ID ibunya telah tamat tempoh. Tambahan lagi, pihak rejim Zionis juga tidak meluluskan permit lawatan isteri kepada MP Dr. Nasser Abdul Jawad atas alasan keselamatan.