
Selasa, 05/06/07 –
“Suruhanjaya Israel anti roboh rumah†berkata dalam satu kenyataan yang diterima oleh Aljazeera.net hari ini bahawa ia akan mengajukan surat yang bertandatangan kepada PBB meminta supaya melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan Antarabangsa bernombor 252 yang. Ia telahpun dilakukan setelah Hayyul Magharibah runtuh. Resolusi itu menyaran Israel supaya menghentikan kegiatan tersebut serta merta, serta melarang dari melakukan kerja-kerja sampingan untuk tujuan mengubah bentuk Baitul Maqdis.
Badan Israel itu menjelaskan dalam kenyataannya bahawa ia akan melancarkan kempen membina semula rumah rakyat Palestin yang diruntuhkan sebanyak 300 buah dalam tempoh setahun di bawah nama “keperluan rasmi†yang dikatakan ia adalah rakyat Palestin pertama yang mati di bawah runtuhan rumah yang diruntuhkan di Bandar Baitul Maqdis.
Kenyataan suruhanjaya itu menyebut bahawa kegiatan utama yang dilakukan Israel sejak tahun 1967 adalah merobohkan rumah.
Pada 11 Mei 1967 pula sejumlah 135 buah keluarga Palestin yang menetap di Hayyul Magharibah di Bandar Lama Baitul Maqdis yang juga kebanyakannya pelarian, dikejutkan waktu tengah malam dengan suara jentolak Israel yang bertindak meroboh rumah mereka di samping dua buah masjid.
Badan tersebut menyatakan, kerja merobohkan rumah adalah untuk tujuan membina dataran terbuka di hadapan tembok Al Barraq yang bercantum dengan Masjid Al Aqsa.
Suruhanjaya Israel itu berkata lagi, rumah-rumah mereka. telah dirobohkan di lebih 400 buah kampong sejak tahun 1948 yang mana Yayasan Hak Asasi Israel mengesahkan, pihak berkuasa penceroboh itu telah merobohkan lebih 18 ribu rumah rakyat Palestin.