
Selasa, 05/06/07 –18 orang sekurang-kurangnya mati dalam pertempuran yang paling ganas berlaku antara tentera Lubnan dan kumpulan Fatah Islam di perkhemahan rakyat Palestin di Nahrel-Bared, di utara Lubnan.
Sumber keselamatan Lubnan berkata, 16 orang sekurang-kurangnya terbunuh pada hari Jumaat di perkhemahan itu di samping dua tentera sambil menegaskan 60 penduduk awam dan 18 tentera tercedera, namun ia tidak menjelaskan sama ada enam belas mangsa terbunuh tersebut adalah dari kalangan kumpulan bersenjata atau penduduk awam.
Tentera Lubnan mengumumkan, dua tentera mati dalam pertempuran Jumaat lalu. Sumber hospital di Bandar Tarablus mengesahkan berita tersebut dan berkata lebih 20 orang cedera.
Dalam pada itu, ketua parti pemerintah Lubnan, Saad Hariri berkata, pergerakan Fatah Islam patut dihapuskan. Beliau menuduh Syria menghantarnya Lubnan, sambil menegaskan beliau mempunyai “semua bukti dalam perkara tersebutâ€.
Hariri mempersoalkan dalam temubual bersamanya dalam stesen tv “France 24†tentang bagaimana ketua kumpulan itu, Syakir Al Absi di tangkap di Syria tanpa masuk ke Lubnan.