Meshal Pertahan Serangan Roket.


Selasa, 05/06/07 –Hamas mengulangi sekali lagi penegasannya terhadap bedilan roket dari Ghaza ke Israel. Ia adalah “mempertahankan diri dalam menghadapi serangan Israel. Ia sebagai menjawab kenyataan Presiden Mahmoud Abbas yang berkata bahawa bedilan roket tidak akan memberi sebarang faedah.

Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshal berkata, “semua yang dilakukan oleh rakyat Palestin serta brigednya adalah untuk bertindak balas dan mempertahankan diri.”

Selepas bertemu Timbalan Presiden Syria, Farouq Al Syar’, Meshal menggesa masyarakat antarabangsa supaya “menghentikan aktiviti Israel itu. Dalam masa yang sama, beliau meminta supaya rakyat Palestin supaya berhenti membedil”.

Semalam, Meshal menjelaskan kepada akhbar Britain, The Guardian dengan berkata, “pejuang bersenjata akan membantu rakyat Palestin bebas dari penceroboh Israel. Beliau mempersoalkan, apakah faktor yang menyebabkan bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon beriundur dari Ghaza dan Ehud Barak dari Lubnan pada tahun 2000?”