Yahudi Keluar Fatwa Bunuh Rakyat Palestin.


Selasa, 05/06/07 –Bekas pendeta Yahudi di Israel, Mardakhai Ilyahu menyeru kerajaan supaya melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ghaza sambil menganggap “mengganggu penduduk Palestin yang tidak berdosa adalah satu perkara yang sah.

Terdahulu, Ilyahu telah mengutuskan surat sebelum mesyuarat kabinet bermula yang khusus untuk membincangkan tentang hal ehwal rakyat Palestin. Antara isi kandungannya adalah fatwa yang mewajibkan supaya bertindak menyerang Semenanjung Ghaza walaupun dengan membunuh orang yang tidak berdosa. Beliau juga menyentuh tentang kata-kata bersejarah oleh Raja Daud yang menyeru supaya menjejaki musuh dan tidak kembali sebelum berjaya membunuh mereka.

Fatwa itu juga menambah, “kata-kata Raja Daud memberi petanda kepada pemimpin Israel supaya tidak perlu merasa belas kasihan terhadap penduduk awam dengan melancarkan roket ke arah kawasan penempatan awam.” Pendeta itu juga berkata dalam fatwanya bahawa tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan apa yang dsifatkan sebagai perosak yang berselindung di sebalik penduduk awam “kerana penduduk Sdeirot selalu berada di dalam keadaan bahaya.”

Ilyahu menggesa Perdana Menteri, Ehud Olmert supaya melancarkan operasi tentera sebenar terhadap rakyat Palestin tanpa mengambil kira kecederaan yang mungkin akan berlaku ke atas penduduk yang tidak berdosa. Beliau berkata, “mereka juga “tidak sunyi dari kesalahan” sambil memetik kata-kata ahli agama Yahudi terdahulu seperti Ar Rambam yang menyokong pendapatnya.