
Selasa, 05/06/07 –Kabinet Kecil Israel bagi hal ehwal keselamatan dan politik memutuskan untuk tetap melakukan operasi tentera serta serangan udara ke atas Ghaza, tanpa mengambil keputusan untuk memperluaskan operasi tentera darat.
Ia juga membuat keputusan untuk tidak berunding dengan briged Palestin. Pejabat Olmert berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada penutup mesyuarat tersebut.
Radio Israel memetik dari ahli-ahli yang hadir ke mesyuarat itu sebagai berkata bahawa serangan yang disasarkan terhadap pejuang Hamas juga akan diteruskan.
Menteri Luar Israel, Tsippi Levni sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan menganggap Hamas akan memanfaatkan ketenangan sementara bagi menguatkan barisannya serta bersiap sedia untuk melakukan serangan terbaru ke atas Israel.