69 Warga Palestin Di Tangkap Sejak Mei 2007 !!!


Selasa, 05/06/07 –
Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh jurucakap tahanan Palestin di Hebron Isnin lepas menyatakan sejak Mei lalu Israel telah menangkap 69 warga Palestin, 14 diantaranya remaja di bawah umur 18 tahun.


Jurucakap itu menegaskan, jumlah tahanan Palestina bertambah menjadi 436 orang tahun ini akibat penangkapan agresif yang dilakukan Israel.

Di Ramallah, Israel dilaporkan masih menahan Menteri Informasi Palestin, Dr. Mustafa Al-Barghoti untuk berkunjung ke kota Al-Quds dan Genting Gaza dalam usaha untuk menerapkan politik Israel terhadap pemerintah Palestin. Padahal ada tiga negara luar meminta kepada Israel supaya beliau dibenarkan ke Al-Quds untuk bertemu dengan sejumlah pejabat antarabangsa namun ditolak oleh Israel.