
Rabu, 06/06/07 –Askar rejim Zionis yang ditempatkan di seberang Karame menghubungkan kawasan yang diduduki di Tebing Barat ke arah Jordan pada Selasa lepas telah menculik Khaled Ulayan, Datuk Bandar perkampungan Deir Al Ghusun di daerah Tulkarm dalam perjalanannya balik dari Jordan menurut isterinya.
Beliau berkata bahawa Khaled menelefonnya pada tengahari tersebut dan menyatakan bahawa tentera rejim Zionis telah menahan pasportnya dan meminta dia menunggu tetapi apabila dia cuba menelefon Khaled sekali lagi dia mendapati telefonnya telah ditutup.
Khaled adalah di antara ahli perwakilan daerah Tebing Barat yang melawat Belgium baru-baru ini. Majlis daerah telah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menculik datuk Bandar mereka yang dipilih di bawah tiket Hamas.