
Rabu, 06/06/07 –Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaol Mofaz akan berbincang minggu ini mengenai penyambungan semula rundingan damai dengan Syria apabila Amerika Syarikat menampakkan pendirian yang agak linean terhadap Damsyik dalam usaha untuk menjauhkan isu Iran dan Iraq.
Timbalan Mofaz berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice serta pegawai-pegawai tinggi Amerika “mengenai keperluan untuk mengkaji niat Syria†selepas peperangan Lubnan.
Akhbar Yediot Ahronut menyebut Mofaz meminta persetujuan Amerika untuk membuka pintu rundingan sulit dengan Syria, iaitu laporan yang tidak diulas oleh Mofaz, namun beliau berkata dalam sesi berasingan menyokong hubungan dengan Syria di sebalik tabir bagi menamatkan ketegangan akibat peperangan Lubnan.
Mofaz yang menangani isu hubungan strategic dengan Amerika Syarikat berkata kepada radio Israel, saya berpuas hati buat masa sekarang kita nampak Hizbullah mula memperlengkapkan senjatanya. Dan kami juga nampak kesediaan Syria walaupun ia merupakan rancangan pertahanan, tetapi lebih menjurus kepada serangan. Maka ia akan menjadi lebih berhati-hati lagi untuk diterangkan gambaran sebenar dengan cara rahsiaâ€.
Meskipun Olmert akan melawat Washongton dua minggu lagi selepas Mofaz, beliau meminta Syria supaya berhenti menyokong Hizbullah serta pejuang Palestin sebagai syarat perbincangan yang baru. Beliau menyifatkan perbincangan dengan Syria adalah cubaan untuk memperbaiki hubungan dengan Barat.
Presiden Syria, Basyar Al Asad menampakkan kesediaannya berulang kali untuk berunding mengenai pelan damai yang terhenti sejak tahun 2000. Namun, beliau juga menyentuh mungkin akan menggunakan ketenteraan apabila mendapati cara diplomasi menemui jalan buntu bagi meminta kembali Tanah Tinggi Golan yang dijajah oleh Israel ketika peperangan tahun 1967 selepas menggandakan persediaan tenteranya. Demikian menurut akhbar Israel.
Menurut akhbar Al Ba’th, Syria hari ini mengulangi sekali lagi tetap mahukan Bukit Golan dengan berkata, “meskipun ada tawaran dibuat supaya Golan dipulangkan semula dan sebagai balasannya Syria menghentikan peranannya menyokong isu Palestin, namun Bukit Golan tidak boleh ditawar menawarâ€