
Rabu, 06/06/07 –
Badan Pengampunan Antarabangsa menyeru Israel supaya merobohkan tembok pemisah yang dbina bagi memisahkannya dengan wilayah Palestin dengan berkata dalam laporannya dikeluarkan hari ini bahawa tembok tersebut boleh membawa kepada kematian orang ramai serta menyebabkan penderitaan di kalangan rakyat Palestin.
Laporan tersebut yang dikeluarkan sempena 40 tahun sejak peperangan tahun 1967 tidak menambah perkara baru melainkan memberi amaran jika kerja pembinaan tembok tersebut diteruskan, ia akan melanjutkan lagi tahap pergeseran Israel dengan Palestin.
Pengarah Badan Pengampunan Antarabangsa, Kitte Alan berkata di Britain bahawa kebimbangan Israel itu tidak menjadi rasional kepada pencabulan undang-undang antarabangsa atau melayan dengan teruk beribu-ribu rakyat Palestin dalam program meganya untuk melaksanakan penghukuman beramai-ramai. Mahkamah Kehakiman Antarabangsa menganggap tembok tersebut tidak sah kerana ia dibina di atas wilayah yang dijajah.