
Rabu, 06/06/07 –
Dr. Yahya Musa, wakil fraksi Perubahan dan Reformasi menyatakan bahawa pergerakannya tidak mengharapkan ada pertemuan antara presiden Palestina Mahmod Abbas dan PM Israel, Ehud Olmert.
Dalam perjumpaan pergerakannya, Musa menyatakan pihaknya tidak mengharapkan apa-apa dari pertemuan tersebut lebih-lebih lagi jika Israel terus melakukan serangan terhadap rakyat Palestin. Beliau menegaskan bahawa pertemuan itu hanya untuk kepentingan keamanan yang memihak kepada Israel.
Anggota Dewan Palestin ini menegaskan penolakannya terhadap pertemuan Abbas dengan Israel adalah disebabkan pertemuan itu harus menyentuh tentang dasar politik dan juga kesediaan Israel untuk mengakui hak-hak Palestin.
P.E SelanjuriTwo: Sebelum itu, pejabat pemerintah Palestin menegaskan pertemuan itu dijadualkan akan dilakukan Mahmod Abbas dan PM Israel Olmert pada Khamis esok di Jericho.
Sejumlah kumpulan-kumpulan Palestina menyatakan kritikan terhadap pertemuan Abbas dan Olmert dan meminta dihentikan semua kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin terutama di Genting Gaza.