
Rabu, 06/06/07 –
Shaol Movaz meminta wakil Perdana Menteri Israel agar membunuh para pemimpin Hamas sebagai balasan atas serangan roket pejuang Palestin ke penempatan Yahudi di sekitar Semenanjung Gaza.
Dalam wawancara dengan TV Israel, Movaz menegaskan, mereka perlu melaksanakan
politik pembunuhan terhadap barisan pimpinan politik Hamas dan semua yang terlibat dengan serangan roket. Movaz mengancam akan melakukan operasi militan darat peringkat tinggi sebagai balasan kepada Palestin kerana terus-menerus menyerang
penempatan Israel.
Movaz yang pernah menjawat Menteri Perang Israel menegaskan, serangan udara selama ini tidak berhasil menghalang roket pejuang Palestin.
Pernyataan Movaz ini disampaikan ketika beberapa ancaman dikeluarkan oleh ahli politik dan pegawai tinggi tentera Israel untuk menyerang Semenanjung Gaza. Israel juga menyatakan bahawa pihak Palestin bersiap siaga dengan baik menghadapi serangan
yang akan dilakukan Israel.
Fraksi-fraksi pejuang Palestin mengancam akan memberi ‘pengajaran keras’ kepada Israel jika berani menyerang Semenanjung Gaza terutama dengan serangan roket ke penempatan Israel seperti yang aktif dilakukan Batalion Izzudin Al-Qassam.
Sayap militan Hamas ini telah melepaskan 440 roket dan misilnya dalam tempoh dua minggu terakhir. Ini memberikan gambaran kepada Israel batas kekuatan Palestin.