Selasa, 12/06/07 –
Menteri Pertahanan Israel, Amer Beretz berkata sebagai menjawab soalan mengenai kemungkinan tercetusnya peperangan bahawa tenteranya “bersedia menghadapi segala kemungkinanâ€. Beliau menjelaskan, tenteranya perlu bersedia tanpa mengira laporan perisikan tersebut.
Namun, beliau menegaskan ketika temubualnya dengan radio tentera Israel mengenai perlunya “memberi kefahaman kepada Syriaâ€, bahawa latihan tenteranya hanya merupakan satu latihan, “dan ia tidak menggambarkan rancangan Israel untuk menyerang Syriaâ€.
Katanya, “dengan mengadakan hubungan diplomasi dengan Syria ia dapat melakukan perubahan drastic. Oleh itu pada hemat saya mana-mana peluang yang ditemui untuk melakukan rundingan sebenar dengan Syria perlu diambil perhatianâ€.
Menjawab soalan mengenai sama ada Israel akan melancarkan perang sebagai membalas serangan Hizbullah, Beretz berkata, “pilihan seperti itu tidak adaâ€.