Ulang Tahun Kekalahan 1967 Diperingati.


Selasa, 12/06/07 –Rakyat Palestin memperingati 40 tahun kekalahan pada tahun 1967 ketika penangkapan, pembunuhan dan pencerobohan terus menerus berlaku di Rafah, di selatan Ghaza dan berakhir hari ini.

Sebagai bukti pertelingkahan yang mendalam mengenai masa depan politik, Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, penubuhan negara yang bebas “mungkin boleh menghilangkan dalam ingatan” kekalahan yang dihadapi oleh orang Arab menentang Israel pada tahun 1967”.

Abbas berkata dalam ucapan kepada rakyat Palestin bahawa “jika bulan Jun tercatat dalam lembaran sejarah Timur Tengah dan dunia sebagai kekalahan besar yang dihadapi Arab menentang Israel, namun kita tidak tunduk kepada mereka. Walaupun mengalami kekalahan dalam peperangan tersebut, ia akan terbalas sekiranya Allah memberi izin dengan mengurniakan kejayaan yang besar iaitu menamatkan penjajahan bumi Arab dan Palestin serta tertubuhnya negara kita yang merdeka”.

Namun, Perdana Menteri Ismail Haniyeh berkata, halangan yang dilakukan Israel di bumi Palestin yang dijajah, menjadikan ia mustahil untuk menubuhkan negara Palestin di wilayahnya sendiri pada tahun 1967.