
Selasa, 12/06/07 –Kabinet keselamatan Israel dijangka akan bermesyuarat esok, Rabu bagi membincangkan mengenai peluang menyambung semula rundingan dengan Syria yang telah terhenti sejak Januari 2000 disebabkan pertelingkahan mengenai had sempada pengunduran dari Bukit Golan, Syria yang dijajah.
Miri Asin, jurucakap Perdana Menteri Israel berkata, “kabinet keselamatan akan bermesyuarat bagi mengkaji permasalahan berkaitan dengan Syriaâ€.
Menteri Persaraaan, Rafi Itan iaitu anggota dalam kabinet keselamatan berkata kepada radio Israel umum bahawa jika Syria benar-benar mahu mulakan rundingan, maka ia terpulang kepada Israel untuk menukar Bukit Golan dengan bayaran yang patut ditetapkan.
Olmert yang akan melawat Amerika Syarikat tidak lama lagi menolak akan memulakan rundingan damai dengan Syria pada peringkat ini. Demikian menurut pejabatnya.
Namun, sumber kerajaan menjelaskan kepada akhbar Haertz baru-baru ini bahawa kajian serius antara Israel dan Syria sedang dilakukan sekarang ini, meskipun kedua-dua pihak tidak mengadakan hubungan secara langsung.
Radio tentera Israel memetik dari Menteri Pertahanan, Amer Beretz ketika mengulas maklumat dari akhbar berhubung kemungkinan berlakunya peperangan bersenjata musim panas ini dengan Syria, sebagai berkata, Israel tidak mempunyai sebarang petunjuk yang menunjukkan rancangan Damsyik untuk melancarkan peperangan, namun ia bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.