Ahli Parlimen Arab Bantah Al-Ghadiri di Knesset


Isnin, 18/06/07 –Ahli parlimen Arab di Knesset Israel membantah cadangan pembangkang berasal dari Syria yang menetap di Amerika, Fred Alghadiri yang telah sampai ke Israel bagi memujuk untuk tidak berunding dengan Syria dan tidak memulangkan Bukit Golan yang dijajah.

Pembangkang berasal dari Syria itu yang cuba menjatuhkan dasar pemerintahan di Syria telah menyertai mesyuarat suruhanjaya keselamatan dan luar di Knesset bagi memenuhi undangan ketua Parti Likud, Benjamin Netanyahu. Beliau meminta supaya tidak berunding dengan Damsyik kerana mendakwa “ia tidak megamalkan demokrasi”.

Ahli parlimen, Jamal Zahaliqah menganggap Al Ghadiri “sebagai agen memperbodohkan Amerika dan Israel serta patung mainan yang memberi galakan kepada Syria dan bangsa Arab”.