Mesir Jadi Orang Tengah Genjatan Senjata Di Gaza.


Isnin, 18/06/07 –Pegawai tinggi Palestin berkata, Hamas dan Fatah telah mendapat persetujuan gencatan senjata bagi dengan perantaraan Mesir di Ghaza dalam usaha menumpahkan darah serta menghentikan pertempuran antara dua pihak.

Gencatan senjata itu bertujuan supaya memberi laluan kepada 70 ribu pelajar sekolah menengah menduduki peperiksaan akhir tahun dengan tenang.
Saksi melaporkan, peperiksaan telah bermula pada tarikh yang ditetapkan dan kebanyakan pelajar melalui jalan yang jauh untuk sampai ke sekolah mereka untuk mengelak dari pertempuran.

Dalam pada itu, pegawai Hamas berkata, kumpulan bersenjata telah menembak ke arah pejabat menteri dari pertubuhan itu di Ghaza, namun ia tidak mecederakan sesiapa.