
Isnin, 18/06/07 –Israel hari ini telah melancarkan satelit intip baru dalam langkah yang disifatkan oleh pegawai di kementerian pertahanan Israel sebagai memerhati dengan lebih teliti negara-negara seperti Syria dan Iran.
Kenyataan dari kementerian terbabit berkata, “Menteri Pertahanan, Amer Beretz gembira dengan pengumuman mengenai kejayaan pelancaran satelit intip “Ufuk-7†yang dihasilkan sendiri oleh tentera Israelâ€.
“Ufuk 7†dilancarkan di kem tentera udara di Mashim, di selatan Tel Aviv. Ia akan bergabung dengan satelit “Ufuk 5†yang dilancarkanpada tahun 2005.
Ketua program angkasa kementerian pertahanan, Hayem Esheid berkata dalam kenyataan kepada radio tentera Israel bahawa satelit “Ufuk 7†akan membantu Israel “menangani isu Iran†iaitu program nuclear Iran yang menimbulkan kebimbangannya.
Walaubagaimanapun, Esheid tidak menyebut mengenai kemampuan “Ufuk 7†yang dijangkakan akan mula menyalin gambar menjelang akhir minggu. Namun, beliau berkata, satelit Israel “Airus†mampu mengambil gambar benda-benda kecil yang berukuran 70 sm.
Namun begitu, pelancaran satelit “Ufuk 6†dikatakan gagal tiga tahun lepas.