
Isnin, 18/06/07 –Tuduh menuduh semakin hangat berlaku antara Fatah dan Hamas selepas pengkikut-pengikut saling berbunuhan di Ghaza semalam dan hari ini yang mana ia mengancam akan tercentus pertempuran yanglebih ganas yang mungkin akan meninggalkan harapn sahaja kepada kejayaan perjanjian gencatan senjaat yang ditandatangani di Mekah dan Kaherah.
Selepas tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh Hamas yang mana Hamas menuduh Fatah sebagai pasukan pengguling yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan Palestin, Presiden Palestin pula hari ini menuduh pihak Hamas merancang untuk menggulingkan kerajaan Palestin. Perkara itu kemudiannya dijawab pula oleh pejabat Perdana Menteri Palestin dengan menuduh pihak-pihak tertentu bekerjasama dengan musuh rakyat Palestin untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.
Statistik menunjukkan bahawa kira-kira 600 rakyat Palestin telah terbunuh dalam pertempuran yang belarutan antara Fatah dan Hamas di Ghaza sejak Hamas menang dalam pilahanraya umum lalu. Angka ini menunjukkan konflik Palestin bertukar dari konflik program kerajaan kepada konflik merebut berkuasa.