Tindakan Abbas Melanggar Undang2 !!


Isnin, 18/06/07 – Pihak berkuasa Palestin mengesahkan bahawa tindakan ketua pihak berkuasa Palestin Mahmoud Abbad menubuhkan kerajaan bagi melaksanakan pengumuman daruratnya di kawasan pemerintahan Pihak berkuasa Palestin sebagai pelanggaran undang-undang asas pihak berkuasa Palestin. Perdana Menteri Pihak berkuasa Palestin pada Ahad lepas melahirkan rasa terkejut terhadap kemahuan Abbas yang enggan membentangkan kerajaan baru ini di PLC.

Menurut kenyataan itu, kerajaan bersekutu akan terus menjalankan tugasnya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Kerajaan baru yang dikepalai oleh Salam Fayyad mengangkat sumpah ahad lepas walaupun beberapa potfolio masih lagi kosong kerana tidak ada calon yang sesuai yang mahu menyertai kerajaan baru ini.
Abbas telah mengisukan beberapa kuasa presiden mengakibatkan penangguhan beberapa perkara di dalam undang-undang asas kerajaan berkuasa Palestin dalam usaha mengelakkan bagi membentangkan kerajaan baru bagi mendapatkan undi keyakinan di PLC.