
Isnin, 18/06/07 –Fawzi Barhoum, jurucakap pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Sabtu lalu menegaskan bahawa pegawai PA Mahmoud Abbas dan pegawai-pegawainya telah bercadang untuk melaksanakan konsep pengasingan antara West Bank daripada Semenanjung Gaza di mana tindakan tidak memihak kepada penduduk Palestin.
Dalam satu sidang akhbar yang dibuat, Barhoum mengakui bahawa realitinya rakyat Palestin berada di tengah-tengah di antara kemelut beberapa pihak yang ingin merealisasikan impian rejim Zionis untuk memisahkan West Bank dari Semenanjung Gaza. Dalam hal ini, Barhoum mengutuk polisi Abbas dalam menangani masalah yang berterusan di Palestin, dan menyifatkan bahawa polisi tersebut sebagai “negatif dan tidak tegas†dan tidak akan mampu menyelesaikan krisis tersebut.
“Abbas telah dipilih oleh pegawai PA dan tidak sepatutnya beliau memilih untuk melaksanakan polisi yang tidak wajar di mana telah membangkitkan tekanan dan menyemarakkan lagi api permusuhan,†katanya lagi. Barhoum juga menjelaskan bahawa tindakan “gopoh-gapah†Abbas membubar kerajaan dan menubuhkan kerajaan yang “tidak sah†di bawah Salam Fayyadh tanpa mendapat persetujuan daripada PLC. Tindakan ini disifatkan sebagai menghuru-harakan suasana di Palestin dan membenarkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Pihak Hamas pula mengkritik tindakan Abbas yang berdiam diri terhadap tindakan nakal pihak pengawal keselamatan di West Bank, di mana ia menunjukkan ketidakmampuan Abbas untuk mendisiplinkan pengawal keselamatan tersebut yang menjadi kudis kepada kemelut di Semenanjung Gaza. “Kami merasa sedih melihat Abbas berada di posisi yang lemah dan tidak mampu untuk menjaga kepentingan rakyat Palestin, kerana beliau sendiri berada dalam lingkungan rasuah dan dikuasai oleh pihak lain dan ini memberi ancaman kepada rancangan-rancangan besar Palestin,†kata Barhoum lagi.