
Selasa, 19/06/07 –Pengerusi PLC pada hari Isnin lepas telah mengeluarkan satu kenyataan mengutuk pembakaran rumah speaker mereka, Dr. Aziz Dwaik yang telah ditahan di penjara Israel selama hampir setahun melalui tangan-tangan pihak keselamatan Palestin dan elemen AMB.
Dr. Ahmed Bahar, speaker PLC, berkata beberapa budak jahat yang tidak berpuas hati telah melakukan pembakaran di rumah Dwaik tetapi bomba tersekat daripada sampai ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran. Bahar juga mengecam serangan terhadap timbalan speaker PLC, Hassan Khreisha dan Pengarah Kewangan Majlis, Abdul Karim Taha di Ramallah Ahad lalu oleh samseng-samseng yang juga menyelongkar tempat kediaman mereka.
Speaker itu menuduh beberapa akta telah mensasarkan untuk menghalang tugas majlis dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap akta-akta itu. Bahar meminta Abbas supaya mengemukakan matlamat untuk mengelak sabotaj dan juga mencegah unsur-unsur jenayah yang berterusan terhadap PLC, institusi-institusi dan harta awam Palestin di Tebing Barat.