Shemon Prez Dipilih Sebagai Presiden Israel Oleh Knesset.


Selasa, 19/06/07 –Knesset telah memilih pemimpin Parti Kadima, Shemon Prez sebagai Presiden Israel menggantikan Mosheh Kitsaf yang akan meletak jawatan pada pertengahan bulan depan.

Sejumlah 86 ahli parlimen di Knesset telah mengundi Perez berbanding 23 dalam pusingan kedua undian yang mana beliau merupakan satu-satunya calon berikutan pesaingnya, Rovan Revlin dari Parti Likud dan Kulit Afital dari Parti Buruh menarik diri. Lapan kad putih dicatatkan dan dua kad dibatalkan.

Perez berkata sejurus selepas diumumkan kemenangannya memegang jawatan presiden bahawa beliau berhasrat untuk menjadi wakil suara Israel secara keseluruhannya dan akan berkhidmat dengan sepenuh hati.

Dengan pemilihannya bagi jawatan ini, Perez perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga dilarang menyertai pilihanraya bagi mencaripengganti Olmert sekiranya beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri.