Khamis, 21/06/07 –Jimmy Carter, bekas presiden Amerika meminta kepada pemerintah Amerika dan Israel serta Kesatuan Eropah agar menghentikan politik yang mendahulukan gerakan Fatah dari gerakan Hamas.
Carter mengatakan, perjanjian Washington, Eropah dan Israel menyokong pemerintah baru yang dibentuk oleh Abbas di Ramallah dan menghalang bantuan untuk Gaza adalah politik salah yang bertujuan memecahkan Palestin menjadi dua bangsa dan bantuan tidak boleh diberikan kepada pemerintahan yang dipimpin Hamas.
Setelah menyampaikan pidatonya di Forum Hak Asasi Manusia di Dublin ibukota Ireland, Carter mencadangkan langkah-langkah untuk memberikan bantuan kepada Palestin di Tebing Barat setelah usaha meneruskan pemberian bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza yang berjumlah 1.5 juta orang.
Carter melihat penolakan presiden Amerika Bush mengakui hasil pilihanraya Palestin adalah tindakan jahat. Beliau menyebut pilihanraya legislatif Palestin tahun 2006 sebagai pilihanraya bersih, telus dan demokratik. Beliau menyatakan, Hamas menang
dengan 42% daripada kerusi yang dipertandingkan. Beliau menyatakan, Washington dan Israel berusaha mencegah wujudnya perdamaian antara Hamas dan Fatah serta tidak ada usaha dari luar untuk menyatukan kedua-dua pihak tersebut.
Becakap kepada wartawan di Dublin, Carter menyatakan bahawa Amerika Syarikat akhir-akhir ini memberikan bantuan militan kepada Fatah untuk menundukkan Hamas di Semenanjung Gaza. Namun Fatah tidak mampu mengalahkan gerakan ini kerana komitmen dan disiplin para pejuang Hamas dalam berjuang.