
Khamis, 21/06/07 –Dua buah jentolak berat diiringi oleh anggota polis dan polis sempadan Israel pada Selasa lalu telah merobohkan sebuah rumah Palestin di Baitulmuqaddis atas alasan tiada permit.
Emad Al-Mu’kat, tuan rumah tersebut berkata jentolak telah melanggar bangunan yang menempatkan tiga buah pangsapuri selepas dua jam pasukan polis Israel menutup seluruh pinggir bandar Mount of Olives dan ke arah Masjis Aqsa di Baitulmuqaddis.
Emad berkata bahawa perobohan dilakukan tanpa notis dan menambah yang dia meminta permit membina apartmen untuk dirinya dan abang-abangnya selama beberapa tahunnya tetapi pihak berkuasa Israel sentiasa memasang pagar di hadapan mereka.
Emad mengesahkan tanah itu dimiliki oleh keluarganya selama 500 tahun lalu dan menambah mereka telah membelanjakan 150,000 ringgit untuk melakukan pembinaan secara berperingkat-peringkat.
Askar Israel menahan Sa’eed Al-Mu’kat dan isterinya apabila mereka cuba mendekati tapak perobohan sampai ke rumah mereka yang terletak di sebelah pangsapuri itu.
Ayman, anak lelaki Sa’eed telah dipukul apabila dia cuba mempertahankan bapanya, Emad dan dia dimasukkan ke hospital selepas serangan itu. Rejim Zionis telah meratakan 45 buah rumah Palestin sejak awal tahun ini atas alasan tiada permit lebih-lebih lagi jika pemohon warganegara Palestin.