PANAS !! Dahulu British , Sekarang US !


Jumaat, 22/06/07 –Terdapat seorang Pesuruhjaya tinggi Amerika di Tebing Barat sekarang. Dia adalah Jacob Walles (Jake). Pada suatu masa dahulu kita diberikan Pesuruhjaya Tinggi British dan dia menyebabkan kita kehilangan 76% penduduk Palestin. Apa agaknya kehilangan kita kali ini pula yang disebabkan olehnya?

US tidak membuang masa dalam mengambil peluang konflik dalaman yang berlaku dan secara segera bercadang menyalurkan duit di dalam kerajaan darurat Palestin yang baru. Saya perlu menekankan dua perkara di sini:

1. Amerika tidak pernah peduli mengenai kesatuan Palestin ataupun hak-hak mereka. Mereka melayan kita seperti binatang liar yang akan dijinakkan dengan makanan. Mereka hanya mahu meluaskan jarak perbezaan dalaman dan meningkatkan perpecahan kita.

2. Orang Palestin seharusnya beranggapan bahawa bekerjasama dengan Amerika TIDAK akan memberikan sebarang kebaikan. Bekerjasama dengan amerika sepatutnya dianggap seperti satu pengkhiantan. Amerika akan memberikan wang dan sebagai balasan kita hendaklah memberikan kebenaran.
Kalau Amerika benar-benar ikhlas dalam keamanan, mereka seharusnya berhenti memberi kemudahan ketenteraan kepada Israel ataupun sekurang-kurangnya berhenti memberikan gas pemedih mata.