
Sabtu, 23/06/07 –Pertubuhan Hamas menolak ucapan Abbas. Wakilnya di Lubnan, Usamah Hamdan berkata, ucapan tersebut merupakan cubaan untuk menjadikannya selari dengan pendirian Amerika dan Israel, juga beberapa negara-negara lain di rantau itu.
Ketika pertemuan dengan Aljazeera, Hamdan menyifatkan keengganan Abbas untuk berdialog sebagai cubaan untuk lari dari menghadapi realiti.
Beliau mengungkapkan rasa hairannya kerana “seorang presiden sanggup mengumumkan pembekuan pintu rundingan dengan sebahagian rakyatnyaâ€. Beliau menganggap apa yang diungkap oleh Abbas tidak layak bagi seorang ketua negara.
Wakil Hamas itu juga menafikan rancangan pertubuhan itu untuk membunuh Abbas, juga menafikan tentang serangan terhadap rumah bekas presiden Palestin, Yaser Arafat atau gereja-gereja di Ghaza. Beliau berkata, anggota pertubuhan itulah sebenarnya yang melindungi rumah Arafat.
Dalam pada itu, jurucakap Hamas, Aiman Toha berkata Presiden Palestin “bertanggungjawab terhadap implikasi ucapannyaâ€. Beliau menuduh Abbas memutuskan hubungan dengan Hamas.