
Sabtu, 23/06/07 –Menteri Kehakiman dan Penerangan di dalam kerajaan sementara Palestin, Riyadh Al Maliki berkata, kerajaannya akan meneruskan programnya di Palestin meskipun keadaan tersebut disifatkan sebagai luar biasa, berlaku di Ghaza. Sementara itu, Hamas menolak kerajaan itu yang disifatkannya sebagai tidak sah. Manakala Kesatuan Eropah pula menyambung semula bantuan kepada kerajaan Palestin.
Almaliki menambah, kerajaan Palestin masih lagi kekal di Tebing Barat dan Ghaza dan akan meneruskan pemerintahannya sambil menganggap “menjaga perlembagaan adalah satu-satunya cara untuk menangani situasi luar biasa di Ghaza.â€
Al Maliki menegaskan bahawa kerajaan sementara akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan serta memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin meskipun umurnya baru menjangkau tiga puluh hari.
Dalam pada itu, Badan Pemulihan dan Reformasi Hamas di institusi Parlimen Palestin mengumumkan, menolak kerajaan Sallam Fayyadh.
One reply on “Mesyuarat Pertama Kerajaan Sementara Dijalankan, Hamas Bantah.”
This is great! It really shows me where to expand my blog. I think that sometime in the future I might try to write a book to go along with my blog, but we will see…Good post with useful tips and ideas