
Sabtu, 23/06/07 –Kesatuan Eropah telah mengumumkan dalam mesyuarat menteri-menteri luar di Luxemburg mengenai penyambungan semula bantuan kepada kepada kerajaan Palestin yang baru.
Penyelaras Politik Luar dan Keselamatan Kesatuan eropah, Javier Solana berkata bahawa Kesatuan akan mula menyambung semula bantuan kepada rakyat Palestin.
Perunding Hubungan Luar Kesatuan Eropah, Benetta Fereru Faldnar pula mengumumkan minatnya untuk bermesyuarat dengan Fayyadh seberapa segera bagi menyusun perkara-perkara penting, yang mana misi penting buat masa sekarang adalah bantuan kemanusiaan.
Buat masa ini, Israel memutuskan melarang kemasukan barang-barang yang tiba dari luar ke Ghaza melalui Pelabuhan Israel.
Sehubungan dengan itu, Israel melarang kemasukan semua barang yang tiba dari luar ke Ghaza menerusi pelabuhan Israel. Demikian menurut Jabatan Kastam Israel.