Perlembagaan Palestin Mangsa Kepada Parti Politik Palestin.


Sabtu, 23/06/07 –Keputusan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memecat kerajaan perpaduan kebangsaan dan mengumumkan darurat serta menubuhkan kerajaan sementara menimbulkan reaksi berbeza dari institusi undang-undang.

Sesetengahnya menganggap ia sah dan mengikut undang-undang berdasarkan kepada kepentingan rakyat Palestin. Manakala yang lain pula menganggapnya ia tidak mengikut undang-undang. Semua pihak menyatakan pendirian mereka. Perkara ini menjadikan ramai tertanya-tanya sama ada perlembagaan mengalami kecacatan dari segi undang-undang atau penyesuaian suasana politik berdasarkan kepentingan kumpulan-kumpulan dan parti-parti di Palestin.

Pusat Hak Kemanusiaan Palestin menegaskan dalam satu salinan kenyataan yang diterima oleh Aljazeera.net bahawa langkah yang diambil oleh Mahmoud Abbas bertentangan dengan undang-undang asasi dan akan mengundang bahaya.

Ia menyatakan bahawa Presiden mempunyai hak untuk mengisytiharkan kerajaan sementara serta membubarkan kerajaan. Namun, undang-undang asasi menyatakan kerajaan yang dibubar itu adalah seperti kerajaan yang masih berkuatkuasa sehingga kerajaan baru tertubuh dengan mendapat kelulusan daripada parlimen.