![]()
Sabtu, 23/06/07 –Sumber perisikan Israel berkata hari ini bahawa Israel bimbang terhadap penjualan pesawat gempur Rusia jenis MIG 31kepada Syria dalam satu perjanjian senjata cangggih.
Dalam kenyataan kepada akhbar Yediot Ahronout, anggota Knesset dari Parti Likud (aliran kanan), Yufal Shtaineze berkata di Knesset, “maklumat ini sangat menimbulkan kebimbangan yang mana ia adalah satu perjanjian yang besar oleh Syria untuk membeli senjataâ€.
Shatineze yang juga bekas suruhanjaya hal ehwal luar dan pertahanan di Knesset menegaskan bahawa pemilikan pesawat MIG 31 oleh Syria “bermakna negara itu bersiap sedia untuk berperangâ€.
Ulasan tersebut berlaku sebagai menjawab apa yang disentuh oleh akhbar Rusia, Comorsent bahawa Rusia mula menyerahkan lima pesawat “MIG 31†iaitu mengikut perjanjian yang dimeterai tahun ini dengan agensi pengeluaran senjata awam Rusia (Russo Boroniskbort).
Akhbar Rusia itu menambah, perjanjian itu memberi faedah kepada Iran yang memeterai perjanjian pertahanan bersama dengan Syria.
Ia juga berkata, Rusia akan menjual pesawat MIG MM2 kepada Syria dalam satu perjanjian bernilai kira-kira satu billion. Pesawat MIG 31 dikatakan antara pesawat tercanggih yang mana ia boleh dibekalkan dengan peluru berpandu yang boleh mencecah sejauh 200 km.
Dikatakan juga, pada awal Mac lalu, akhbar Yediot Ahronut mendedahkan maklumat mengenai perjanjian jual beli peluru berpandu canggih Rusia.