
Sabtu, 23/06/07 –Kerajaan Palestin yang telah dibubarkan diketuai Ismail Haniyeh serta kehadiran menteri-menteri Hamas telah mengadakan mesyuarat mereka yang pertama di Ghaza selepas insiden di Ghaza berlaku baru-baru ini.
Kerajaan Haniyeh dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut menggesa supaya rundingan Palestin-Palestin disambung semula di bawah naungan Liga Arab Ia menegaskan akan menghormati langkah yang diambil oleh Liga Arab dengan menghantar suruhanjaya bagi melakukan siasatan di Ghaza. Ia juga menyentuh tentang bahaya keruncingan keselamatan yang berlaku di Tebing Barat.
Ia juga menggesa pentadbiran presiden supaya bertanggungjawab menjaga “kedaulatan Palestinâ€. Ia menambah dalam satu kenyataan bahawa ia meminta supaya tidak menyentuh kedaulatan, demokrasi dan perpaduan tanahair dan bangsa. Ia juga menggesa semua pegawai am dan keselamatan supaya kembali bekerja.
Mesyuarat tersebut diadakan berikutan perbezaan pendirian mengenai kedaulatan serta kuasa antara kerajaan sementara dan kerajaan yang dibubarkan yang mana Hamas menganggapnya ia kerajaan yang masih lagi sah.
Dalam pada itu, Ketua Fatah di Parlimen, Azzam Al Ahmad berkata, suruhanjaya pusat Fatah telah memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang rundingan, perhubungan atau pertemuan dengan Hamas. Ia menjelaskan, keputusan itu adalah “untuk mengesahkan bahawa Presiden Abbas membekukan semua jenis bantuk hubungan dengan Hamas.â€