
Sabtu, 23/06/07 –Presiden Amerika, George Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dalam mesyuarat mereka berdua.telah menegaskan sokongan mereka terhadap Presiden Palestin serta kerajaan barunya.
Bush menyatakan harapannya agar Abbas dan Fayyadh menerima bantuan “yang membolehkannya menerajui Palestin dalam arah yang berlainan†selepas Abbas menyingkir kerajaan lama yang diterajui Hamas. Presiden Amerika menjelaskan, beliau dan Olmert mempunyai strategi bersama bagi memerangi apa yang dinamakan sebagai pelampau di Semenanjung Ghaza.
Dalam pada itu, Olmert berkata bahawa beliau mahu memberi sokongan kepada “golongan sederhana†serta bekerjasama dengan Abbas sambil menyatakan kesediaannya untuk memulakan rundingan dengannya