Abbas Selar Hamas, Tuduh Rancang Pisahkan Gaza.


Sabtu, 23/06/07 –Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuduh Hamas merancang untuk menguasai Semenanjung Ghaza. Beliau mengumumkan keengganannya untuk melakukan sebarang rundingan dengan pertubuhan itu yang menganggap keenganannya itu adalah untuk lari dari menghadapi kenyataan.

Beliau berkata ketika sesi pembukaan mesyuarat Majlis Pusat Fatah, bahawa Hamas telah merancang terlebih dahulu untuk menguasai Ghaza. Beliau menuduhnya “menukar bendera Palestin dengan bendera briged bagi menubuhkan sebuah Negara kecil di Ghaza”. Beliau meminta pertubuhan Hamas supaya meminta maaf kepada rakyat Palestin kerana didakwa cuba melakukan jenayah penggulingan di Ghaza.

Dalam pada itu, Abbas menuduh Hamas merancang untuk membunuhnya. Katanya, ada rakaman bergambar yang membuktikan kata-katanya. Beliau juga menuduh pertubuhan itu memusnahkan bekas presiden Palestin, Yaser Arafat dan juga beberapa gereja.

Beliau juga menggesa supaya “memperkasakan lagi peranan Fatah dengan menyertai suruhanjaya pelaksanaan dan briged-briged Palestin kecuali puak pengkhianat yang melakukan penggulingan, iaitu Hamas.

Presiden Palestin itu juga menyatakan bahawa penubuhan kerajaan melalui misi keselamatan adalah untuk menentang “penggulingan” di Ghaza.

Beliau juga menggesa supaya isu semasa khasnya institusi parlimen dibincang berikutan Israel menangkap beberapa anggotanya. Beliau juga meminta parlimen supaya meletakkan satu peraturan berdasarkan perwakilan secara umum.